Tuesday, 30 October 2012

Wanita Berkerjaya

sy terjumpa status @ luahan ini di FB dari seorang kawan....
dan sy copy utk renungan bersama....

Wanita bekerja yang berkahwin memang banyak tanggungjawabnya. Selain menjadi isteri kepada suami, mereka tetap tiada pilihan untuk ‘lepas tangan’ melakukan kerja-kerja di rumah serta mendidik anak-anak. Malah peranannya lebih besar kerana harus memberi tumpuan dalam kedua-duanya. Merekalah isteri, merekalah ibu.
BUAT BACAAN SUAMI

1. Fahami tugas isteri

Si suami jangan cepat melenting jika isteri lambat menyediakan makanan atau mengambil apa sahaja yang diminta. Jangan sesekali meletakkan tugas kepada isteri 100% , sebaliknya cubalah berfikiran baik melihat bebanan yang dilakukan isteri dengan hati terbuka. Bayangkan kadang-kadang si isteri bergegas pulang ke rumah hanya untuk menyediakan makanan kepada anda dan anak-anak dengan masakan dari air tangannya.

2. Ringankan beban isteri

Ada ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. Sebenarnya mereka silap, bagi yang memahami konsep perkahwinan, tugas dalam rumah tangga sebenarnya adalah tanggungjawab bersama. Jika si isteri penat, apa salahnya anda sebagai suami tolong meringankan beban. Sekali-sekala berjaga malam tiada salahnya.

3. Jangan jemu pandang muka isteri

Ada lelaki yang menganggap isterinya tidak lagi berseri seperti mula-mula berkahwin dahulu. Isteri yang selesa berpakaian batik dan lusuh dipandangnya buruk berbanding pekerja wanita di tempat kerja sendiri.

Buat si isteri, sentiasalah menjaga penampilan dan berat badan supaya suami berasa gembira serta senang melihat diri anda yang sentiasa tampil menawan. Suami pula jangan mengambil kesempatan, tetapi bagilah dorongan.


4. Jangan terlalu memaksa isteri

Inilah masalah yang tidak difahami oleh kedua-dua pasangan. Suami lebih senang ‘mengarah, meminta dan mahu’, manakala si isteri pula ikut sahaja tanpa bantahan. Sebenarnya jika isteri letih, biarlah si dia berehat dahulu. Tugas dan bebanan yang dihadapi di tempat kerja membuatkan si isteri penat. Oleh kerana tidak mahu dianggap isteri derhaka, dia akan ikut sahaja. Percayalah dalam hatinya berasa sedih kerana hatinya berkata ‘Aku mahu rehat sekejap..’

5. Usah rasa tersisih

Suami berasa dirinya diabaikan oleh isteri kerana mereka asyik melayan anak–anak berbanding dirinya. Usah berasa tersisih, sebaliknya anda sebagai suami seharusnya berasa bersyukur kerana isteri anda berusaha untuk melakukan semua tugas tersebut dengan senang hati. Jangan sesekali mengambil kesempatan untuk ‘makan luar’, dengan alasan kurang kasih sayang isteri..

#KamiSuperwoman!
-------------------------------------------------------------------------------------------

Biler difikirkan kembali.. mmg benar... 
wanita berkerjaya ini bekerja 24jam sehari..
tamat sahaja waktu kerja di pejabat... 
bersambung pula dgn kerja-kerja di rumah...
tp bg yg berkemampuan... mungkin mudah kerana ada pembantu... 
sampai sahaja di rumah, boleh berehat sebentar...

tetapi bagi mereka yg "biase2'' sahaja, 
urusan di rumah setia menanti utk diselesaikan...
membasuh.. memasak... dgn melayan kerenah anak-anak... 
mengemas rumah.. melipat baju...
gosok baju... segalanya diselesaikan pada waktu malam.... 
yg sebenarnya, sgt beruntung mereka yg 
sepenuh masa menjadi SURIRUMAH....    
mereka tidak perlu memikirkan lagi kerja2 berkaitan
dgn pejabat atau sebagainya.... rase tenang di rumah.. 
dan hanya menghadap kerenah anak2 dan melayan suami.... 

hurmmmm... itu hanya pendapat saya... lain org.. lain pendapat kan?

~ thnks pada en husben yg selalu sama2 buat kerja rumah.. terutamanya membasuh baju dan tlg jaga anak2 time mama memasak ^__^   

No comments:

Post a Comment

~ tinggal pesan utk saya ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aQif

Lilypie Fourth Birthday tickers

aiSy

Lilypie First Birthday tickers