Showing posts with label aqif. Show all posts
Showing posts with label aqif. Show all posts

Wednesday, 23 January 2013

selesai sudah... aQif comingsoon =)


Alhamdulillah.. dah selesai pun pagi tadi daftar aQif ke skool..
doakan yang terbaik tuk aQif yer..
dan thnks pada akak yg bg taw sekolah nie terima 4years student...
dan sgt2 dkt dgn umah nenek... mmg tue lar yg mama cari2 selama ini..
InSha Allah aQif start on 29/01/2013...
tp mama tak mampu nak antar aQif skolah yg ade iklan kat TV tue..
cume skolah taska biasa sahaja... dan ade juga blajar IQRA'

aQif dah try baju sekolah tue.. mmg ngam2 jer sesuai dgn dier..
nenek tak perlu nak repair ^__^

esok cuti.. mama nak kene cari kasut sekolah tuk aQif..
pencil box.. pencil ngn kaler... botol air... ohh yeahh.. amik gambar..
beg sekolah dah ader.. beg skolah mickey mouse.. hehhe

pagi tadi waktu daftar.. so far aQif xde rase ape2 pun..
muka pun happy jer.. bile nak gerak pergi skool tue..
mama perasan mata nenek dah merah.. mase nenek cium aqif..
mungkin nenek ingat kat arwah atuk..
sbb dulu arwah atuk yg beria2 dah janji...
''esok kalau aQif sekolah.. biar atuk antar & amik.. xyah naik bas''
tp.. kita hanya merancang.. ALLAH yg lebih berhak menentukan...
mungkin sbb tue nenek sedih bile tgk aQif excited nak g skool..

sampai kat skolah.. aQif dah dpt meja... dah dpt kawan pun..
mama sibuk uruskan masuk sekolah.. aQif sibuk berkenalan...
peramah sungguh.. cikgu2 pun habis semua die tegur...
mama pulak yg naik risau... abah dah geleng2 kepala...
hope aQif sesuai kat sekolah tue...
-------------------------------------------------------------
kenapa hantar awal sangat???
ade yg bertanye.. dan ade yg mengatakan aQif akan cpt bosan...
terima kasih atas pandangan semua.. semua sy ambil sebagai panduan...

mula2.. mmg itu yg sy fikirkan... takut aQif cpt bosan sbb lame sgt di taska..
tp kami fikirkan cabaran belajar dan sukatan.. mungkin juga pencapaian pelajar..
sementelaah sy sendiri bekerja di sekolah..
skrg nie tahap iQ budak2 dah makin tinggi.. semakin byk teknologi dihujung jari..
sy tak mahu aQif ketinggalan... mungkin dier boleh belajar sendiri..
atau sy sendiri yg mengajar di rumah...
tp sy mahu aQif lebih belajar berdikari... berdisiplin...
harap aQif boleh terima perubahan nie secara perlahan2...

hehhe.. panjang plaks entry kali nie.. biase ckit jer..
oklar.. nak sambung kejer.. hihihi ...
daaaaa ^___^

Wednesday, 16 January 2013

PANDUAN MENDIDIK ANAK



tazkirah pagi nie.. utk diri sy sendiri... berkongsi dgn kawan2
---------------------------------------------------------
 
PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI & KAWAN2..

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS



 Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.

------> copy paste dari FaceBOOK

Monday, 14 January 2013

aQif nak SKOOL?


cpt betul mase berlalu..
mcm maner umur sy semakin bertambah..
begitu jugak dgn aQif yg semakin membesar..
aQif dah masuk 4thn 2013..
dan kami decide nak masukkan aQif skolah tahun dpn..
waktu umur dier cecah 5thn...
tp skrg nie.. aQif dah sibuk nak g skool...
sob's... sob's.. seriusly..
mama dah mula rase sedih even aQif blum pun jejak kaki kat skool...

semuanya bermula mungkin byk kali..
mama bawak aQif g sekolah mama biler hari jumaat petang..
dan skrg nie aQif nangis2 nak g skool..
biler mama bangun pagi.. aQif akan tanye..
''mama... biler abg boleh g skolah''
huhuhu.. mama x taw nak jawab aper dah...

lastly.. pagi nie mama nekad tuk carikan skolah buat aQif..
dan mama dah jumpa skolah yang sgt2 dkt dgn umah nenek..
5 minit jer dari umah nenek... ''TAKIS Wariqissalam'' ...
itular taska yang jadi pilihan mama tuk aQif..

utk maklumat lanjut ttg taska nie..
boleh refer blog taska nie ------>  TAKIS WARIQISSALAM
tp taska nie tak lar glamer mcm skolah2 yg siap masuk kluar paper
dan tv.. skolah tuk aQif nie biasa2 sahaja...

yuran pendaftaran RM450
bulanan RM100 (termasuk pengajian IQRA')
kelas bermula pada pukul 8.00pagi hingga 11.45pagi
hari jumaat pukul 8.00 pagi hingga 11.00pagi...

dan mama akan hantar aQif waktu pagi...
lepas tue nenek yg akan pickup aQif waktu balik skolah.. huhuhu

~ dan inSHA ALLAH aQif akan mula sekolah FEBRUARI 2013
tapi belum apa2 lagi... air mata mama dah mengalir keluar....
mama rase cam tak kuat nak pisah ngn aQif wlwpun 3jam jer.. huhuhu

Friday, 11 January 2013

KESALAHAN dalam mendidik ANAK-ANAK

pagi nie sy terbaca sesuatu yg amat berguna utk mereka yg telah bergelar ibu dan bapa...
moga2 dapat dijadikan panduan pada diri saya juga dan mereka yg lain..

lepas baca artikel nie.. berdetik dlm hati.. ada kesalahan yg sy lakukan semasa mendidik anak2...
hurmmm.. kerana sy hanya manusia biasa.. masih lagi belajar dan sentiasa belajar setiap hari utk kebaikan anak2 sy...

luangkan lah sedikit mase pagi nie utk renungan dan kebaikan bersama..

-------------------------------------------------------------------

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama:
Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
... * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua:
Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat:

Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan:

Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas:

Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


~~Harap-harap lepas nie sy mampu memahami anak2 sy.. semoga aQif & aiSy mampu jadi anak yg SOLEH untuk kami semua.. aminn YA ALLAH............

Friday, 30 November 2012

aQif tidur

aQif biler dah ngantuk.. mcm2 style die wat...
asal ngantuk... duduk smpai badan melentuk liuk pun ok jer...



Monday, 19 November 2012

Abah & aQif in Pink House!


nak bubuh pict je boleh tak?
penat nak citer panjang2...
duk ulang alik g bersihkan umah...
tp tak pindah2 lagi...
so, this week mmg nak kene bungkus2.. kemas2 barang....
weekend nie mmg confirm PINDAH!
x larat dah nak ulang alik....
(tp yg sebenarnya sy yg over xcited nak pindah!) ~ hehehhe.......
ehhh.. tak related langsung ngn tajuk... ;p



 tgk mandur tecik tue.... :)

hoyeee.... selesai pasang tikar getah... penat!

~ kitorang pasang tikar getah jerrr.... budget dah abis nak pasang ape2 pun kat lantai... insyaAllah next year pulak perancangan... duit dah abisss... sekian! hihihi... jujur tul statement sy nih :)

Monday, 12 November 2012

FISH!


smlm g beli brg2 ckit..
tuk masuk umah baru.. mcm2 nak kene beli..
tp tak mampu lar nak beli sumer skali..
beli ckit2 dulu..
maner yg penting...
cari2 brg2 tuk letak kat dapur....
tp amik barang pun cpt2 jer..
takut aQif request mcm2.. aiSy ok lagi..
belum pandai nak mintak itu ini.. :)

last2 dlm carefour tue..
aQif dah request cd tom & jerry...

kat luar carefour pulak...
aQif request haiwan nie...
3 ekor = RM10.00
dgn alasan..


sbb aunt jaja & aunt ain pun ade pets!
huhuhu... pandai ker abg jaga FISH nih!
hope fish nie dpt bertahan lama... knaper?
hahhaha... kisahnye mcm nie...

adik sy yg bongsu ade beli ikan....
ikan laga... then aQif masuk dalam peti ais..
dgn alasan.. sian ikan tue berpeluh2...panas...
sbb tue abg masuk dlm peti ais.. biar ikan tue sejuk...
hihihi ;p
nasib ikan tue selamat sbb cpt diselamatkan....


~ hope panjang umur lar ikan2 nie... hihihi

Tuesday, 23 October 2012

si ABANG

buah hati mama & abah ^__^
buah hati utk kami sekeluarga....
cinta hati penyeri buat arwah ATUK ...
dan juga peneman kala sunyi buat NENEK @ IBU ...
si ABANG yg pertama lahir dalam keluarga kami...
memecah keheningan malam dengan tangisan...
membuat kami tersenyum dengan keletah aQif :)








~ mama taw.... aQif rindu sgt2 kat arwah atuk..mungkin sbb tue, hingga saat ini.. aQif masih tertunggu2.. kadang2 aQif akan tanye pada IBU..." ibu... biler atuk nak baik... atuk xnak balik rumah ker" .. "abg rindu sgt dkt atuk.... abg susah hati sbb atuk xde" .... dan kami semua hanya terdiam ....

Monday, 25 June 2012

Usia & Masa


cepat betul mase berlalu kan? rase2 mcm baru semlm mama mengandungkan aQif.. 
dan melahirkan aqif...
Allah bagi rezeki anak pada mama & abah lepas kami kahwin 4bln... 
waktu tue..terkejut pun ade.. hihihi.. 
tp lame2 mama rase syok biler tgk perut mama makin buncit.. 
saiz baju pun makin hari makin bertambah.. hehhe...

bulan ke-4 ... mama dah mule rase tendangan dari aQif.. owhhh.. sgt syokkkk ^__^ .. 
mungkin inilah apa yg ibu2 lain rase... waktu tue, kami semua tertunggu2 kelahiran aqif... 
penyeri utk keluarga kami.. dan auntie2 aqif...

bile aqif lahir ke dunia tangga 18 JUNE 2009 jam 12:55am ... mama ingat lagi.. 
auntie EBAB sgt2 xcited... biler dgr aQif dah lahir... 
cpt2 auntie EBAB siapkan tempat tuk mama & aqif.. adeesss.. 
aunt ingat malam tue jugak kiter akan balik umah.. hihih
siangnyerr.... semua org amik cuti semata2 nak tengok aQif kat spital...
 isskk.. mama pun x paham naper ngn2 aunt EBAB skali amik cuti.. kui3... 
aunt JAJA waktu tue kat Matrik Perak..sian aunt JAJA... 
padahal aunt JAJA lar yg selalu teman mama beli brg2 aqif time aQif dlm perut mama.. hihihi...

tp mama SYUKUR sgt2 sbb semua org  syg sgt2 kat aQif.. 
lebih2 lagi arwah ayah @ atuk aQif .. 24jam nak berkepit jer ngan aQif smpai mama pun naik jeles.. hihiihi..
Sedar tak sedar... anak mama yg sorang nie dah masuk 3thn... 
anak mama pun dah jadi ABANG.... dah pndai main ngan AiSy ... 
wlw kadang2 mama & aunt2 terpakse jadi tarzan biler aQif suke buli AiSY....
mama... ibu@nenek ... aunt EBAB... aunt JAJA... aunt AIN ... 
syg sgt kat MUHAMMAD AQIF RYZAL HADANI

p/s ::: okieslarr... mama nak balik dah... rindu sgt aqif.. tunggu mama balik yer sayang... I LUV U ... muaaahhhhhh!!!!

Monday, 31 October 2011

aQif wit abg besaW

last weekend ari tue, aQif ikut aunt ebab, aunt jaja, ngn aunt ain wit ibu g johor ngn sedara2 yg lain sbb ade kenduri kawen.. tp sy ngn en husben tak ikut pun.. memandangkan peyut sy yg dah makin besow dan yg paling penting.. en husben kejer hari tue... 

pg2 tue biler sumer org dah pergi, tinggallar sy sorang2 kat umah.. menghadap astro citer yg berulang2.. (hampeh tul lar astro nih.. byr mahal2 tp citer samer jer duk ulang2.. tension tul!) pastu bosan g dapur goreng ape yg patut... huhuuh.. mmg sgt bosan biler aQif xder.. xder kawan nak gaduh2... 

 haa... yg nie uncle kesayangan aQif "abg besow" hihihi =))

Wednesday, 5 October 2011

aduyaiiiiii

adussss.... dah masuk trimester terakhir nih... asyik nak terkencing jer... nak2 biler bb asik kicking & gerak2 mcm main luncur air kat perut mama... uishhhh... dah lar toilet jauh nih... aduyaiiiii.....

~ yg nie pict our 1st bb dulu after 5hour born ~

Monday, 3 October 2011

weekend

weekend smlm.. en husben ajak g kenduri kawen kawan dierr.. then after tue.. memandangkan cuaca smlm yg sgt redup & amat sesuai tuk berjalan2.. en husben ajak g shopping mall "The Mines" @ Sri Kembangan... hurmm.. rase2.. dah dkt 3 tahun kami x pergi situ.. time date dulu selalu larr.. but after dpt aQif, mmg tak lar kalau nak jln jauh2..

after 3 years... dah byk sgt yg berubah kat sini.. semua dah lain.. parking pun dah teratur berbanding dulu.. siap dah tambah Mines 2.. hihihih.. nmpk sgt ler dah lamer x pergi.. rase2 sejak JUSCO Bukit Tinggi dah pun ade dkt KLANG... so, balik kejer jer.. kalo nak cari barang, xyah g jauh2.. semua dah ade dkt area rumah =)

aQif xcited tgk fish besar2 kat situ... cume x sempat nak naik bot sbb Q panjang sgt.. maybe sbb smlm cuti.. nak tunggu takut lewat sgt balik sbb esok nak kejer.. so, en husben decide pusing2 jer kat situ... makan... then balik.. but next time try nak g awal.. leh naik bot... lg besh kalo dpt g ngn auntie2 aQif  =)




Thursday, 22 September 2011

aQif ohhhh aQif

tghari smlm dpt call.. urgent kene balik umah sbb aqif xcident!! hahhh!!!! time nie sy dah nak pengsan bile dpt taw mata buah hati sy terkene something.. means tercucuk something... huhuuh.. aduyaiii.. dan sy drive balik umah x smpai pun 10 minutes wlw biase sy drive almost 20minute... & smpai skrg sy x percaya.. camner boleh secepat nih sy drive balik umah... smpai umah, my c's dah bwk g klnik... so, sy terus follow ke klnik... smpai kat sane.. tgk my son dan terlentok kat bahu my mom... 

biler dah jumpe doc.. doc kater kene cuci mata... then check utk tgk luka bhgn mata yang maner satu.. adessss... x smpai hati betul nak tgk aqif nangis2... adik sy dah nangis dah.. my mom plak dah tak sanggup nak tengok... sy yg pegang pun tak perasan biler air mata mengalir... huhuhuhu.. rase nk pengsan pun ade.. x taw nak describe macam maner hati nie.. dan rase sangat SENTAP biler doc kater kene balut mata tuk 2 hari utk elak luka makin teruk... kat bahagian mata putih aQif ada luka ckit... so, utk elak terkena habuk @ aQif akan gosok2 mata dier... kene lar balut mata dier... sayu sgt2 kat dalam hati nie.... aQif ohhhhh aQif....

yg nie pict aQif lepas jer cuci dan balut...




but pagi td aQif dah ceria balik.... dah boleh senyum2 wlwpun mama rase berat sgt nak pergi kejer.. lepas cuci dan letak ubat... mama balut balik mata aQif... rase sedih + nak nangis jer pg tadi... uisssshhhh... terasa hingga hulu hati.... aduiiiiii..... :(


p/s ::: sila abaikan jari aQif yerrr... tiada niat nak menyinggung sesaper... tp jari sekechik nie nak wat PEACE yg x menjadi... huhuhuhu

Tuesday, 2 August 2011

WeeKenD

masih lg citer weekend yg lalu.. last day b4 poser.... lps ziarah kubur ayah... plan awal nak balik kmpg husben.. tp x jadi pun sbb tlg ibu kemas keliling umah.... so ahad yg lepas... adik2 termasuk my husben tlg ibu bersihkan keliling umh.. tp sy x tlg pun.. hehhehe... TQ Hubby =)

sblum nie.. tugas tue selalunye ayah yg buat... skrg nie ... =(

mmg rase sgt lain biler ayah dah xder... segala2nyer dah berubah..... =(


aQif pun rajin tlg BaBah jugak =)


Sunday, 31 July 2011

new BIKE ....

smlm aQif dpt hadiah dr aunt Orked Puteh.... new bike...
thnks aunt.... aQif siap ngigau lg time tdo... huhhuhu.....



p/s : yg nie pict baru bgun tdo pg td.... bgn2 trus tanyer basikal... huhuhu..  --- muke x mandi lg...

Tuesday, 26 July 2011

gelagat my luv

aQif skrg dah pandai wat pen jdk hancus...
memule ok je die tulis2.. pas2 pen dah jd rupa lain...

Sunday, 24 July 2011

darling A Q I F

ptg td bwk aqif jejln tpi umh jer..
then bwk aqif g umh atuk2 kt tpi umh....


aqif possing .......

Friday, 22 July 2011

buah H A T I & J A N T U N G saya

dah brape mlm nie.. bwk balik kejer..
smpai kul 3pg kekadang siapkan kejer...

pastu.. situasi nie yg berlaku biler peneman dah belayar jauh...


hihihii
-
-
-



so SWEET kan......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aQif

Lilypie Fourth Birthday tickers

aiSy

Lilypie First Birthday tickers